Sahabat

Thursday 2 June 2011

Kelas Sinar Bestari 2011.

SELAMAT TAHUN BARU 2011 SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN. AMIN.

Agak lama juga tidak menjenguk blog, maklum la ada banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum mesyuarat guru sessi 2011 hari tu. Mesyurat dah pun selesai. Penat selepas 4 hari mesyuarat. Mesyuarat pengurusan ,Kursus Ladap pertama sesi 2011 dan Mesyuarat Panitia.
Tiba pula masa untuk membersih dan mengemas kelas Sinar Bestari bermula hari jumaat dan berakhir Maghrib pada hari sabtu. Uhh penat tapi menyeronokkan........ : ))


Banyak fail-fail yang perlu di kemaskini. Murid-murid Linus Tegar 2010 akan menyertai kelas Pemulihan Khas pada tahun 2011 ini.
Bahan-bahan P&P telah dibersihkan dan hanya perlu disusun semula. Mesti ada yang tertanya-tanya macam kuih raya je ni...hihihihi yang sebenarnya memang bekas kuih raya , saya kitar semula bekas kuih raya untuk menjimatkan kos lagipun banyak bekas kuih raya d rumah, nak buang sayang. Memandangkan Pemulihan Khas ni tiada peruntukan khusus seperti Program dan Panitia Matapelajaran yang lain jadi ini namanya 'save budget'.


Ini antara Bahan-Bahan P&P yang ada dalam kelas saya yang saya buat sendiri. (HOME MADE) macam kuih ler juga....Kalau ada berminat boleh lah call, sms ataupun email saya.













Ok nanti saya sambung lagi upload .... Bye.








1 comment:

Copyright © 2010-2011. Segala isi kandungan ini milik TAZMILA ZAINUDDIN@http://sinaranbestari.blogspot.com/