Sahabat

Thursday 2 June 2011

Kad Cantum Untuk KVK.

Pengalaman saya mengajar murid saya membaca KVK cth:( bas ) adalah yang paling getir dan bermasalah. Belajar melalui pengalaman saya mencuba menggunakan kaedah kad cantum yang di improvisasikan dan alhamdulillah ianya banyak membantu.


contoh kad dan bahan yang saya gunakan:
one Belanja untuk membuat bahan bantu ini saya minimumkan dengan mengitar bahan yang telah digunakan contoh pita lekat. Pita lekat ini lebih dikenali dengan 'magic tape' yang saya ambil drpd bahagian pinggang lampin pakai buang (mamipoko) bayi saya.
two kad ini semuanya saya siapkan di dalam powerpoint/word.
tiga Setelah saya puas hati barulah saya cetak mengunakan 'printer warna'.
fourBahan-bahan yang telah dicetak ini saya gunting.
limaSetelah siap di gunting dan laminate, kemudian saya gunting pula bahagian huruf KVK yang akan kita cantumkan.
6setelah siap digunting barulah di tampal dengan 'magic tape di belakang kad cantum tersebut.




PREVIEW SAHAJA- Untuk download klik ke http://dplancentre.blogspot.com/

https://www.facebook.com/pages/DPlan-Centre-Homemade-BBM/142100909191679

Papan lekat ini boleh di beli dengan pembekal ataupun di kedai alat tulis ataupun kita boleh membuatnya sendiri.

* Lain kali bila ada kelapangan saya akan tunjukkan pula bagaimana kita boleh membuat sendiri papan lekat ini.







No comments:

Post a Comment

Copyright © 2010-2011. Segala isi kandungan ini milik TAZMILA ZAINUDDIN@http://sinaranbestari.blogspot.com/